
Percubaan pertama saya membuat pembelian Sambal Nyet di Shopee. Terpengaruh kerana ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana gagal membelinya setelah berusaha beberapa kali.
Memang benar sambal ini habis dijual dalam masa beberapa saat setiap kali stok masuk di akaun Shopee Khairul Aming. Stok akan dimasukkan mengikut waktu tertentu.
Sambal Nyet ini memang pedas berapi. Tapi saya bukan hendak bercerita tentangnya. Ada sesuatu yang bermain di fikiran saya.
Saya teringatkan acar limau ikan masin yang saya buat sebelum masuk Ramadan baru-baru ini. Mungkin ada sesuatu yang boleh saya lakukan dengan idea yang bermain di kotak fikiran saya. Harapnya dapat dilaksanakan. Ganbatte!