Ingin Ke Sana Lagi

Melihat banyaknya gambar nostalgia mengerjakan haji di paparan Facebook, sukar dinafikan lagi tentang kesalnya apa yang saya rasakan.

Kesal dengan kejahilan. Kesal dengan lewatnya tindakan.

Giliran menunaikan haji akan tiba ketika usia saya 132 tahun. Terlalu lama lagi. Ya, saya tahun tempoh itu akan kurang atas faktor-faktor lain. Tapi, sebanyak mana ia akan berkurang? Sama ada waktu itu tiba dahulu atau saya yang akan pergi meninggalkan dunia ini terlebih dahulu.

Continue reading

Tamsilan Hati

Hati yang kita miliki seumpama rembulan. Bila awan datang menghalangi maka gelaplah ia. Bila awan berlalu pergi, memancarlah sinarnya.

Awan itu umpama mazmumah yang menyelimuti. Bila ia berlalu pergi terpancarlah sinar mahmudah yang menyerikan hidup insan.

#TentangHati

Spageti Aglio Olio

Versi ada chilli flakes

Beberapa hari lepas saya beritahu kepada isteri saya.

“Sedapnya makan spageti aglio olio. Lama tak makan.”

Segera isteri saya membalas.

“Ha ah bang. Abang buat la. Nak buat bila?”

Sebab sebelum-sebelum ini saya yang masak menu ini, jadi memang isteri saya akan serahkan kepada saya untuk buat.

Itu salah satu contoh buat-buat tak pandai. Padahal bukan susah pun nak buat. Dalam rumahtangga memang teknik seperti ini akan diamalkan oleh suami isteri. Secara tidak langsung kita akan rasa saling perlu memerlukan.

Continue reading

Ketika Menerima

Rasa bahagia bukan saja ketika menerima. Ajaibnya ketika memberi juga kita akan turut berasa bahagia. Walhal memberi itu selalunya mengurangkan apa yang kita ada. (Mengikut sifir matematik; operasi tolak).

Kerana itu Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “ Saling memberilah hadiah, nescaya kalian akan berkasih sayang.”

Ketika kita menerima pemberian daripada orang lain, mungkin ada saatnya kita perlu merahsiakan.

Saya nukilkan satu senario untuk dibayangkan.

Continue reading

Sambal Nyet

Sambal Nyet

Percubaan pertama saya membuat pembelian Sambal Nyet di Shopee. Terpengaruh kerana ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana gagal membelinya setelah berusaha beberapa kali.

Memang benar sambal ini habis dijual dalam masa beberapa saat setiap kali stok masuk di akaun Shopee Khairul Aming. Stok akan dimasukkan mengikut waktu tertentu.

Continue reading

Blessing In Disguise

Tragedi Ogos 2018 menyebabkan saya membuat satu ketetapan; Cameron Highlands tidak akan menjadi pilihan untuk bercuti di waktu cuti. Apatah lagi untuk pergi ke Big Red Strawberry Farm kerana di situlah tragedi mengerikan berlaku.

Kesesakan di hadapan BRSF yang tinggi memuncak menuju ke kawasan parkir itulah pemulanya. Entah bagaimana kereta saya hilang keupayaan untuk mendaki dan secara tiba-tiba mengundur ke bawah walaupun dalam keadaan gear D. Hampir-hampir merempuh kereta abang ipar di belakang. Ngeri.

Sejak kejadian itu, saya seakan fobia melihat jalanan yang mendaki begitu tinggi. Apatah lagi dengan kesesakan yang teramat.

Continue reading