KLSCM2020VR: Larian Half Marathon Tapi Lajak Sampai 25km

Terdampar lepas berlari

Sepatutnya untuk larian half marathon jaraknya ialah 21.0975km. Tapi ketika saya buat larian HM sempena Kuala Lumpur Standard Chartered 2020 Virtual Run, jarak yang tercatat pada jam saya ialah 25km.

Ini adalah sebabnya.

Ketika larian hendak dimulakan, saya buka app KLSCM VR. Untuk submit keputusan larian ada 3 cara.

Continue reading

MPKj Half Marathon

21km Finisher

MPKj Half Marathon – Larian Ditinggalkan.3 minggu sebelumnya. Acapkali Abang Mohd Marzuki MJ membangkitkan yang saya menamatkan larian FM KLSCM tanpa menunggu beliau.

Lalu kami merancang jika ada acara larian yang disertai bersama, kami akan menuju ke garisan penamat bersama. Beliau adalah mentor yang menyebabkan saya terjebak dalam acara larian.

Hari kejadian- MPKj HM

Seperti dijanjikan, kami memulakan larian bersama. Tengah-tengah berlari, saya ternampak William Cheah WL di sebelah kiri. Terus saya jerit namanya. Kuat pulak tu. Dia hanya angkat tangan.

Continue reading

Full Marathon Yang Pertama

Wall of Fame senarai peserta FM

Hanya 200meter sahaja untuk sampai ke garisan penamat. Saya nekad untuk paksa kaki berlari. Suara juruhebah acara menyebut nama-nama pelari yang tiba menguatkan lagi semangat saya.

Melepasi gerbang bertulis FINISH. “Saya berjaya lakukannya!” Kata saya dalam hati.

Lalu saya berjalan ke khemah untuk mengambil refreshment, medal dan finisher tee. Saya sebak. Air mata mengalir tanpa dapat ditahan-tahan. Saya cuba berlakon seolah-olah menyapu peluh yang ada di muka. Walau cuba ditahan tapi masih tetap air jernih itu mengalir. Ia adalah bicara tanpa suara atas apa yang telah saya lalui. The struggle is real.

Continue reading

Larian: Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

1.

Ini bukannya comeback tapi sekadar penampilan khas. 😅
Kali terakhir saya masuk HM pada Disember 2018 dan lepas itu terus menyepi. Salah satu puncanya ialah ada sedikit kecederaan.

21km finisher

Macam biasa saya mulakan larian dengan berada dalam kelompok belakang. Hanya nampak runners yang dikenali masa mereka dah u-turn.

Masa awal larian bergandingan sekejap dengan Wan Bakhtiar Junaidy. Selepas itu dia semakin di hadapan dan saya cuma follow dari belakang. Lepas tu dah tak nampak. 😅

Bertemu semula di KM17. Tak larat nak follow. 😭

Start KM14 kaki kanan dan pangkal paha saya mula sakit. Dari sinilah pace mula perlahan. Terpaksa sekejap berlari sekejap berjalan. Lepas berjalan nak mulakan larian balik dah hilang rentak.

Continue reading